Kiamat ? 2012 ? Betul ke ?

-------------------------------------------------------------------------------------------------
PERHATIAN!!! Entry kali ini hanyalah pendapat saya sahaja. Sekiranya saya ada terkasar atau tersilap bahasa, sila maafkan. Andai kata pendapat kita berbeza diharap sila terima, well, semua orang ada pandangan dan pendapat masing-masing.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum. Jawaplah salam kalau rasa-rasa nak buat pahala :) 


Tarik nafas, hembus nafas, sedar tak sedar kita dah masuk tahun 2012. Siapa sangka tahun ini diriku ini akan berumur 17 tahun. Macam tak percaya je. Tapi percayalah. Nak SPM dah tahun ni ! Takut ? Mestilah takut. Gila tak takut, SPM tu ! Okay. Stop. Kita. Pada hari ni, bukan nak cerita pasal SPM, bukan nak cerita pasal 17 tahun. Bukan!! Kita nak cerita pasal berita yang sangat meggerunkan, menggegarkan, menggeparkan dan menakutkan seluruh mahkluk di alam semesta ini iaitu tentang..*suspens suspens* terrrrrrrrrrrr *bunyi dram* ''KIAMAT''! *sila baca ''kiamat'' dengan nada yang kuat beserta dengan suara yang lantang. Terima kasih*



-------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Alah dalam erti kata lain. Alam semesta akan hancur !! semua mahkluk akan mati !! dan kemudiannya akan di bangkitkan semula !! Setakat ni korang paham tak ? Ok ok bagus. Pandai :D


Ramai orang kata eh eh bukan. Bukan. Bukan orang kata tapi surat khabar dan laman sesawang pernah menyatakan bahawa kiamat akan berlakunya pada tahun 2012. 2012 ? Ye 2012, tahun ni. Lebih tepat lagi peristiwa ini di jangka akan berlaku pada 21 Disember 2012 !! jeng jeng jeng. Seram bukan. Betul ke kiamat berlaku pada tahun 2012 ? Boleh percaya ke ?

                                     
Jawapan ku: Ouh mestilah  tak percaya kan. Maksudku ini ialah.. Sebagai umat islam sememangnya kita wajib mempercayai bahawa akan berlakunya kiamat. Bukankah percaya pada hari kiamat itu rukun iman yang ke-5. Dan, sebagai umat islam tidak seharusnya kita mempercayai kiamat akan berlaku pada tarikh yang diberitahu itu. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu akan bila berlakunya hari kiamat. So, belum tentu kiamat tu pada 21 Disember 2012. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin sepuluh tahun akan datang. Kita mana tahu kan. Betul tak ?  


Tapi, ramai orang selalu kata.. ''Dunia nak akhir zaman dah''. Korang mesti pernah dengar kan ? kan ? Tipulah tak pernah dengar. Mungkin betul kata orang, dunia nak akhir zaman. Sekarang ni pun, banyak tanda-tanda kiamat kecil yang sudah berlaku.


Ehem, ehem.. Untuk pengetahuan korang, sebelum berlakunya kiamat, akan berlakunya tanda-tanda kecil dan besar kiamat. Korang tahu kan semua tu ?  


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Okay antara tanda-tanda kecil kiamat yang sudah pun berlaku... *tetiba rasa seram tak tahu kenapa*


1. Zina bermaharajelela  
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim. 


2.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
 



3.Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
''Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai


4. Akan terdapat ramai anak luar nikah.- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

5.Banyaknya berlaku gempa bumi. Contoh paling terdekat. Jepun.

6. Ramai orang soleh meninggal dunia

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad


7Orang akan melakukan homoseksual. 
Comment: Sekarang ni pun dah memang banyak pun lelaki suka sama lelaki atau erti kata lain gay. Perempuan pun sama juga. Haihhh, tak faham lah dengan golongan macam ni. Maybe dia orang ada masalah otak kot.

Okay ini pulak, tanda-tanda besar.
  • Hijaunya bumi Arafah.
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
  • Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40.
  • Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
  • Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 kali gempa bumi.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua

Sumber: Google dan buku.


Kalau korang perasan, ada beberapa tanda besar tu, dah pun berlaku. Adakah ini bermaksud dunia sudah betul-betul di akhir zaman ? Kiamat akan berlaku ? hurm, semua persoalan ini hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu jawapannya. Kita sebagai manusia dan hambanya perlulah bertaubat dan meminta pengampunan dari-NYA. Kepada yang tersasar jauh dari jalan-NYA, kembalilah semula, kepangkal jalan. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------

       ''Sesungguhnya setiap manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.'' 

Okay. Fuhhh, ini entry paling terpanjang yang pernah ku buat. Pergggghh ! Kalau korang baca dari awal sampai akhir, memang korang hebat gilaaa lah *tepuk-tepuk tangan* Terbaik diimport dari London gituuh :p Tapi, kalau yang tak tu.. Takpa. I paham hahaha. Okay. Peace. Assalamualaikum. 

Dōmoarigatōgozaimashita

2 vampire:

Lady Diana @ Lat'z said...

ha3...I become the vampire..eat ur sheep..em...kiamat ke tidak..betul ke ya..sama2 kita tunggu dan lihat..apapun teruskan kehidupan..don't think so much about it...semua yang terjadi adalah perbuatan dari manusia sendiri..

HUDAJMAL said...

takut kn bila pk2 balik.hehe

Best Blogger TipsGet snow effect